Latar dan analisis Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari

Novel ini dikarang saat Verne mengalami kesusahan paling perit dalam hidupnya - beliau pada ketika itu dikerahkan semasa Perang Perancis-Prusia (1870-1871) menjadi pengawal pantai menghadapi masalah kewangan (karya-karyanya tidak dibayar royalti), ayahnya akhir-akhir ini meninggal dunia, dan beliau telah menyaksikan satu pelaksanaan hukuman mati awam yang membimbangkannya. Walaupun demikian, Vernis amat teruja terhadap kerjanya bagi sebuah buku baru yang ideanya datang pada suatu petang di sebuah kedai kopi di Paris ketika membaca akhbar (lihat "Asal" di bawah).

Pembaharuan-pembaharuan teknologi abad ke-19 telah menghasilkan kemungkinan pelayaran mengelilingi dunia yang pantas dan prospek ini mempesonakan Verne serta pembaca-pembacanya. Khususnya, tiga kejayaan teknologi yang cemerlang terjadi pada tahun 1869-70 yang menyebabkan pelancongan mengelilingi dunia merupakan suatu kemungkinan buat pertama kali: penyiapan Landasan Kereta Api Rentas Benua Pertama di Amerika (1869), perhubungan landasan-landasan kereta api India merentasi subbenua (1870), serta pembukaan Terusan Suez (1869). Ia merupakan lagi satu tanda yang penting pada akhir zaman penjelajahan, serta permulaan zaman pelancongan yang benar-benar sejagat yang dapat dinikmati dengan agak selesa lagi selamat. Ia mencetuskan daya imaginasi bahawa sesiapa pun boleh duduk dan membuat jadual, membeli tiket, dan membuat perjalanan di sekeliling dunia, iaitu suatu perbuatan yang menakjubkan dan yang sebelum itu dikhaskan hanya untuk pengembara-pengembara yang paling berani. Dalam beberapa hal, ia dapat dibandingkan dengan pelancongan angkasa lepas orang awam pada masa kini, suatu wawasan yang biasa dikhaskan untuk beberapa orang profesional elit.

Verne sering dicirikan sebagai seorang futuris atau penulis cereka sains, tetapi tidak terdapat kesan sebarang fiksyen sains dalam karya ini yang merupakan karyanya yang paling popular (sekurang-kurangnya di negara-negara yang menuturkan bahasa Inggeris). Sebaliknya, ia masih merupakan penggambaran yang tidak dapat dilupakan tentang kemuncak Empayar British "yang matahari tidak pernah jatuh" yang ditulis oleh seorang luar. Adalah amat menarik untuk memerhatikan bahawa sehingga tahun 2006, tidak pernah adanya sebarang edisi kritis mengenai Dunia dalam Lapan Puluh Hari. Ini diakibatkan sebahagiannya oleh terjemahan yang buruk untuk karya itu, suatu fenomena stereotaip bagi "fiksyen sains" atau "kesusasteraan budak lelaki". Bagaimanapun, karya-karya Vernes telah diperiksa dengan lebih serius pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, dengan munculnya terjemahan-terjemahan dan kesarjanaan baru.

Tarikh tutup novel ini, iaitu 22 Disember 1872, adalah tarikh yang sama dengan tarikh penerbitan siri ini. Oleh sebab ia diterbitkan secara bersiri buat pertama kali, para pembaca menganggap bahawa perjalanan itu benar-benar berlaku — pertarungan dibuat, dan sebilangan syarikat kereta api dan syarikat kapal sebenarnya melobi Verne supaya syarikat mereka muncul dalam bukunya! Tidaklah diketahui adakah Verne menyerah kepada permintaan-permintaan ini, tetapi pemerihalan sebilangan syarikat kereta api dan syarikat kapal menimbulkan rasa syak bahawa beliau dipengaruhi.

Walaupun perjalanan melalui belon udara panas telah menjadi salah satu imej yang berkait rapat dengan cerita ini, lambang ikonik ini tidak pernah digunakan oleh Verne dalam bukunya ini — idea ini dikemukakan secara ringkas dalam bab ke-32 tetapi ditolak kerana perjalanan sedemikian "amat berbahaya dan walau bagaimanapun, tidak mungkin". Bagaimanapun, filem Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari , padanan filem 1956 yang popular, mengemukakan idea belon, dan ini telah menjadi sebahagian mitos cerita yang juga muncul dalam kulit buku. Unsur jalan cerita ini terkenang-kenangkan karya Verne, Lima Minggu Dalam Sebuah Belon, yang memberikannya kemasyhuran sebagai pengarang buat pertama kali.

Kulit buku terjemahan bahasa Inggeris edisi terkini

Menyusul penterjemahan bahasa Inggeris oleh Towle dan d'Anver pada tahun 1873, terdapat beratus-ratus pencari publisiti yang mengikut jejak pelayaran mengelilingi dunia fiksyen Fogg, seringnya dengan kekangan yang dibebankan pada diri sendiri:

Rujukan

WikiPedia: Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari http://www.boardgamegeek.com/metasearch.php?search... http://books.google.com/books?id=7VRP5Q-zNmIC&vid=... http://gallica.bnf.fr/notice?N=FRBNF35965661 http://gallica.bnf.fr/notice?N=FRBNF37273906 http://perso.wanadoo.fr/jules-verne/CIEH.htm http://jv.gilead.org.il/pg/80day/ http://www.phileas-fogg.net/80days.html http://www.gutenberg.org/etext/103 http://www.gutenberg.org/etext/3456 https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Around...